Thursday, March 11, 2010

GEBANG KUAT

Assalamualaikum.


Mungkin penulisan bilalsubuh pada malam ini kurang berfikrah, ampun maaf ya! Kerana bilalsubuh sendiri tak tahu apa yang patut ditulis. Tidak ada isu spesifik yang nak diutarakan. Tiada isi-isi yang tersusun bagi memudahkan bacaan. Bilalsubuh hanya meletakkan jari diatas keyboard dan terus menulis mengikut kata hati. Agar apa yang lahir dari penulisan ini adalah kata-kata yang tulen lagi asli dari qalbu ni.


Sambil ketika bilalsubuh menulis entri ni, bilalsubuh sedang mendengar mainan piano lagu bertajuk ‘Somewhere in Time’. Lagu ini merupakan favourite bilalsubuh sewaktu di UTP dahulu. Teringat lagi sewaktu bilalsubuh membeli CD Maksim (Piano) di salah sebuah kedai CD cetak rompak di pekan Kangar dengan harga RM6. antara lagu yang menjadi favourite ketika itu adalah Exodus dan Wonderland. Namun, lagu Somewhere in Time ini paling menyentuh hati. Walaupun melodinya berulang-ulang, persona iramanya tiada tandingan. Biasalah, apabila terdengar lagu-lagu slow seperti ini, hati mula teringat kisah-kisah lama. Aduh, bilakah penyakit hati ini akan berakhir? Janganlah Engkau ambil nyawaku di dalam keadaan aku tidak bersedia.


Sekarang bertukar pula kepada lagu ‘Scarlet - Piano Solo’ mainan Lena Maria, live in Korea. Lagu ini bilalsubuh ambil daripada kawan bilalsubuh yang merupakan pelajar jurusan Pendidikan Muzik di UiTM Shah Alam. Namanya Din. Bilalsubuh panggil dia Abang Din. Bilalsubuh selalu ke rumah abang din di kolej kediaman cemara sekiranya ada masa untuk bermain keyboard Yamaha yang dia ada dan kadang-kadang mencuba guitar Spanish yang baru dibelinya. Kesian abang din, ibunya dirompak dan dibunuh tahun lalu oleh orang yang merompak rumahnya di Tangkak johor. Setiap kali bilalsubuh ke shah alam summer lepas, semestinya bilalsubuh akan pergi melawat abang din dan pinjam motosikalnya untuk memudahkan pergerakan biallsubuh di shah alam. Ketika itu lah bilalsubuh mengambil peluang mencari rumah sahabat-sahabat di shah alam dan juga menziarahi orang-orang kampong, rakan-rakan sekolah yang sedang belajar di kampus utama uitm shah alam.


Sungguh pengalaman bilalsubuh sebagai pemain trombone dalam pasukan wind orchestra masih tidak dapat dilupakan. Ilmu yang diajar oleh Edwin Yeap masih lagi terpahat dalam hippocampus ini. Berkat jugak ilmu ini walaupun bilalsubuh selalu tidak berpuas hati dengan Edwin. Hahaha….biasalah, apabila disuruh buat itu ini. Namun, mengenang kembali usaha gigih pasukan orkestra di sekolah dahulu, bilalsubuh tertawa sendirian. Terkenang kembali bagaimana disitulah tempat kami prep petang, tempat berlepak selepas prep malam, berlatih sehingga tengah malam, berdiskusi, bermain bola didalam bilik orkestra itu, dan ada kalanya, kami menangis bersama, semuanya disitu.


Apabila terkenangkan zaman muda, kadang-kadang bilalsubuh merasakan yang banyak perkara yang bilalsubuh terlepas. Banyak perkara yang boleh dilakukan di sekolah yang mana bilalsubuh tak boleh buat ketika dah tua ni especially menguruskan badan. Haahahha…


Ok la kot untuk malam ni. Malam esok kita mengarut lagi. Sengaja menulis melepaskan tekanan. Hidup terlampau vulnerable sekarang. Doakan bilalsubuh.


3 comments:

  1. aii..cita lagu (sori xbaca full)

    ReplyDelete
  2. salam Gembo~~
    ntah camne terbukak ur blog,,haha.
    anywayz juz wana say thx a lot coz ur da one yg introduce maksim kt aku, i still remmber i copied all ur songs kt intec dulu...so, JZKK again =))
    wana share da meaning of 'exodus':
    "Exodus is the second book of the Jewish Torah and of the Christian Old Testament. It tells how Moses leads the Israelites out of Egypt and through the wilderness to the Mountain of God"

    *seems like we hv to b xtra creful these days..

    bye Gembo!

    ReplyDelete
  3. aah ayu...lagu exodus ni memang ada unsur-unsur syubhah...thanks for reminding me..kena labih berhati-hati...licik jahihiliyyah sekarang.

    ReplyDelete