Thursday, January 14, 2010

PUISI UNTUK BAKAL PEMIMPIN



Assalamualaikum.

Entri ini bilalsubuh namakan sebagai PUISI adalah kerana tak tahu ia ni boleh dikategorikan sebagai sajak, pantun, syair, gurindam ataupun seloka. So, terpulanglah kepada kalian untuk menilai kategori puisi ini.

Puisi ini bilalsubuh tulis sebab terasa bahang kempen pilihanraya untuk Tanzim PPIMI 2010/2011 yang sedang rancak berlangsung sekarang ini. Berbagai metodologi menarik yang digunakan untuk meraih undi terutamanya dari kalangan yang bertanding jawatan-jawatan tertinggi. Semua calon adalah berkaliber dan bekepemimpinan. Sebab itulah bilalsubuh tak khaskan puisi ini untuk yang akan bertanding sahaja, tetapi juga sesiapa sahaja termasuk diri bilalsubuh.

Terima kasih kepada yang bertanding. Disebabkan korang dah bertanding, gugur tanggungjawab kepada kami yang tak bertanding ni. Tenkiu..toche-toche...

Sekadar ingatan...

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.

sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.

biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah.

ikhlaskan niah,
agar usaha dinilai ibadah.

tenkiu....


Mungkin akan timbul persoalan disini kenapa bilalsubuh tidak bertanding. hahahaha...sememangnya bilalsubuh nak bertanding. Untuk jawatan...

KETUA HELWA!!!

hahahaha...tapi apakan daya...

Make Doa For ISOC...peace!!!


Yang Benar,

(Bakal Bekas),
Ketua Unit Keselamatan
Lajnah Kebajikan
PPIMI Tanzim 20009/2010.

Saturday, January 9, 2010

MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA MELAYU




Assalamualaikum.

Semasa dalam perjalanan ke masjid untuk solat subuh pagi tadi, bilalsubuh telah mendapat ilham untuk menulis entri kali ini. Ha....ini bukanlah sajak. Tetapi satu kes yang sudah lama, hampir basi, iaitu Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu (betul ker?). Walaupun kabinet baru telah memutuskan untuk menukar kembali pembelajaran S&M ini dalam bahasa melayu, namun masih ada pihak yang nampaknya tidak berpuas hati.

Pertamanya, dalam membuat keputusan, kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Win-win situation hanyalah suatu suasana idealistik, bukannya realistik. Bukan sahaja golongan 'aristrokrat' yang tidak bersetuju, masyarakat luar bandar juga kurang bersetuju. Namun, sebabnya berbeza.

Golongan aristrokrat ini membantah keputusan kabinet terbaru ini adalah kerana mereka mahukan anak-anak mereka pre-occupied dengan ability untuk menguasai S&M dalam bahasa inggeris. Hal ini demikian kerana mereka sendiri adalah golongan terpelajar. Mereka sedar akan kepentingan bahasa inggeris terutamanya dalam sains dan teknologi.

Mereka belajar di luar negara. Bertutur dalam bahasa inggeris ketika bekerja mahupun dengan anak-anak mereka. Lantas bahasa inggeris bukan lagi satu masalah. Tapi, bahasa melayu yang menjadi masalah bagi mereka. Kononnya tiada standard. Tidak menepati istilah sains. Hey dude, listen (or read)! English is not your ultimate objective (ghayah). It is just wasiilah, your method. Your kids have never shown their worry. It is you who create the problem. It is you who doctrine their innocent mind to have a core belief that there's no better way of learning S&M other than in English.

Antara yang membantah keputusan ini adalah Dr Mahathir. Banyak perkara yang bilalsubuh bersetuju dengan Dr M. Namun, dalam perkara ini, bilalsubuh agak berbeza. Maaf yer...mari kita lihat bagaimana latar belakang Dr M. Ayahnya merupakan seorang Guru Besar tatkala ramai moyang-moyang kita pada waktu itu hanyalah petani dan penoreh getah. Dr M masuk ke sekolah perubatan sebelum tahun merdeka lagi. Menjadi PM Malaysia selama 22 tahun. Apakah signifikan semua ini? Ya...pengalaman dan pendidikan adalah faktor utama kenapa ramai golongan cendekiawan dan aristokrat menentang P&P S&M dalam bahasa melayu. English is a sign of strenght and survival. Yes, that's true. Dan mungkin juga yang golongan eksekutif negara sekarang adalah mereka yang dulunya bukan mengambil SPM tetapi mengambil MCE.

Sewaktu balik cuti musim panas yang lalu, bilalsubuh ada berbincang dengan seorang pakcik di rumah bilalsubuh berkenaan perkara ini. Pak Cik tu memang educated dan of course memang menentang perubahan kearah bahasa melayu ini. Katanya, pendidikan dalam bahasa inggeris adalah salah satu cara untuk orang melayu keluar dari kepompong kemiskinan. Namun bilalsubuh membalas dengan satu ayat. "Adakah pakcik rasa saya gagal dalam sistem pendidikan Bahasa Melayu?" Dari situ bermulalah perbincangan kami. Pal Cik tu adalah orang yang banyak idea dan banyak jugak 'fakta pematah hujah' yang dikeluarkan.

Namun, apa yang bilalsubuh tulis ini hanyalah atas pengalaman peribadi. Bilalsubuh dibesarkan dalam suasana luar bandar yang agak terpencil la. Sesiapa yang ex-MRSM beseri, tahulah macam mana suasana beseri. Banyak bukit dan hutan. Bilalsubuh pernah dikejer binatang buas ketika berbasikal ke sekolah. Tu kira ok la. Kawan bilalsubuh kena kejar dengan b*b*. Betapa kampungnya sekolah kami. Sekolah tu Melayu ada, cina ada, siam ada, india ada. Tapi banyak Melayu la. Semuanya ketika itu menerima pendidikan dalam bahasa melayu.

Sama juga disekolah menengah. Walaupun bilalsubuh berada di sebuah sekolah berasrama penuh, pokok ceritanya disini adalah kami belajar dalam bahasa melayu. Kawan-kawan disekolah lain pun belajar dalam bahasa melayu. Sekolah King George Fifth (KGV) kat pekan seremban tu pun belajar dalam bahasa melayu. Sewaktu bilalsubuh masuk ke UTP untuk kursus Kej. Kimia, memang agak terkejut dengan bahasa inggeris. Tapi, ada la kot sebulan dua. pastu semua dah mudah. Sebab rata-ratanya kami sudah menguasai konsep tersebut. English itu hanyalah alat, bukan matlamat!!!

Semasa di INTEC untuk A-Level, tak ada pulak kawan-kawan kata "susah la nak mengaji dalam bahsa inggeris pulak..menyampah betul la". Memang kawan-kawan tidak pernah merungut. Most of us survive sampai ke luar negara.

Hidup di suasana luar bandar memang banyak membuka mata bilalsubuh. Menyaksikan kesusahan orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dan juga semangat belajar yang kurang. Inikan pula hendak belajar dalam bahasa inggeris. Hey dude, come on la...! Ini orang kampung. Mereka bukan seperti kita. Mereka tidak ada keupayaan mentaliti seperti kita untuk berfikir panjang terutamanya dalam pelajaran. Mereka belajar hanya untuk menperoleh kerja, thats it. Bukannya seperti kita, yang belajar hingga PhD dan belajar lagi, dan belajar lagi. Jadi, apa mereka peduli untuk belajar tinggi-tinggi sedangkan cita-cita mereka hanya cetek.

Bukanlah bilalsubuh hendak memperlekehkan orang kampung, namun ini realiti. Wahai aristokrat dan cendekiawan, datang lah ke kampung-kampung dan lihatlah kehidupan mereka. Buatlah satu polisisi yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

Mungkin kamu tidak pernah mendengar perbualan ini. Perbualan ini adalah antara seorang ibu dan anaknya yang berumur 8 tahun, Darjah 2. Mereka tinggal di kampung bilalsubuh. Ayahnya adalah seorang pemesin rumput jalanan manakala ibunya seorang peniaga kuih di pasar malam. Anak ini bertanya, "mak, 2 plus 2 berapa?" mak dia kata, "tu 2 tambah 2 (sambil emaknya merujuk kepada simbol + dibuku anaknya)". Lalu anak dia kata balik, "bukan tambah, cikgu kata plus". Ya Allah, inikah yang dikatakan menguntungkan bangsa melayu?

Hey dude, listen. I know that i am talking riddles here. But, here are the lessons:

  1. It is not the english that matter, it is you who make the situation worse.
  2. It is not the english that matter, it is the pedagogy (cikgu-cikgu pun pening kejap bahsa melayu, kejap bahsa inggeris, then bahsa melayu balik).
  3. It is not the english that matter, it is how do you prepare your kids for any changes.
  4. It is not the english that matter, it is only when you think western education is the best.
  5. It is not the english that matter, it is how you nurture and motivate your kids.
  6. It is not the english that matter, it is only when you wont bother to take time and learn our history.
  7. It is not the english that matter, it is only when you fail to understand the Federal Constitution.
  8. It is not english that matter, it is us, who love to blame others.
Bilalsubuh berharap entri kali ini dapatlah menjadikan kita lebih matang dalam menilai sesuatu benda. Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Ubahlah paradigma kita. Jika kita sebagai Muslim mencari kemuliaan selain dari Islam, ternyata bukan kemuliaan yang kita peroleh. mungkin kita dimulikan dikalangan sosial, namun disisi Allah?

Barakallahufiikum.