Assalamualaikum.
Entri ini bilalsubuh namakan sebagai PUISI adalah kerana tak tahu ia ni boleh dikategorikan sebagai sajak, pantun, syair, gurindam ataupun seloka. So, terpulanglah kepada kalian untuk menilai kategori puisi ini.
Puisi ini bilalsubuh tulis sebab terasa bahang kempen pilihanraya untuk Tanzim PPIMI 2010/2011 yang sedang rancak berlangsung sekarang ini. Berbagai metodologi menarik yang digunakan untuk meraih undi terutamanya dari kalangan yang bertanding jawatan-jawatan tertinggi. Semua calon adalah berkaliber dan bekepemimpinan. Sebab itulah bilalsubuh tak khaskan puisi ini untuk yang akan bertanding sahaja, tetapi juga sesiapa sahaja termasuk diri bilalsubuh.
Terima kasih kepada yang bertanding. Disebabkan korang dah bertanding, gugur tanggungjawab kepada kami yang tak bertanding ni. Tenkiu..toche-toche...
Sekadar ingatan...
jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.
sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.
biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.
sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.
tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar
sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.
wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah.
ikhlaskan niah,
agar usaha dinilai ibadah.
tenkiu....
Mungkin akan timbul persoalan disini kenapa bilalsubuh tidak bertanding. hahahaha...sememangnya bilalsubuh nak bertanding. Untuk jawatan...
KETUA HELWA!!!
hahahaha...tapi apakan daya...
Make Doa For ISOC...peace!!!
Yang Benar,
(Bakal Bekas),
Ketua Unit Keselamatan
Lajnah Kebajikan
PPIMI Tanzim 20009/2010.
U always there with brilliant idea!
ReplyDeleteThanks my comrade
Undilah afham untuk PRESIDEN...chaiyyookk EE...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteamboi tuan punye belog. nak jadi ketua helwa weh.
cari dulu helwa di hati anda. haha..
toche Ee kerana menolong org2 kecil mcm kami.. jutaan terima kasih buat ppimi kerana menjadi hero dalam menegakkan biah solehah di bumi dublin ini.
thanks juga buat pas kerana menjadi hero dalam menegakkan perundangan di bumi Malaysia. Kami terhutang budi dengan anda semua.
eh gembo xbertanding? simpan untuk presiden isoc kot? iA
"Bersatulah dalam perkara yang kita sepakati, berlapang dada dalam perkara yang kita perselisihkan"
p/s: buat tuan punye belog. maaf la kalau terpolitik siket.
Politik pun Islam kan? hehehe..
thats true bro...
ReplyDeletegenerasi akan datang adalah generasi yang buta warna, buta lambang, cintakan kebenaran dan kematian...
sama2 doakan...
sebab tula utk elakkan generasi ni dari terus 'buta', semuanya perlu digerakkan dan dilatih bermula dari medan ilmu.
ReplyDeleteinsyaAllah niat kami tulus, bukan mengejar populariti, tp kami sedar ini amanah.
moga suatu hari nnti, generasi kita dan akan datang lebih bijak menilai baik buruk.
p/s: amboi gembo. nk lawan ketua sndri ke utk jawatan ketua helwa? hehe..
kay, ni 'buta' yang mana satu ni?
ReplyDelete'buta' yang dimaksudkan dala komen ke4 tu adalah bermaksud generasi yang tidak lagi memandang kepada parti politik, kumpulan, atau individu tertentu.
sebaliknya mereka menilai apa visi dan misi yang dibawa serta apakah pegangan mereka.
kerana itu generasi hadapan adalah generasi yang cintakan kebenaran tidak kiralah yang meng-utter kan itu ulama ataupun tidak selagi mana ada sandaran quran dan sunnah.
ayuh..perbaharui minda kita...bersama arus TAJDID!!!