Sunday, February 28, 2010

WHEN YOU DO NOT GET WHAT YOU WANT

assalamualaikum.

kadang-kadang bilalsubuh terfikir dan bermonolog sendirian,

"ya Allah, sudah terlampau banyak nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. hampir kesemua permintaanku Engkau tunaikan. sehinggakan aku takut untuk menerima kegagalan. aku khuatir jika aku mengkufuri nikmatMu dan berpaling daripadaMu tatkala engkau menguji dengan dugaan yang tidak putus-putus. lapangkanlah dadaku dengan kurnia iman, dan indahnya tawakal padaMu. agar aku tidak lagi mempersoalkan segala ketentuan dariMu. aku sedar yang aku sering membelakangkan Engkau dalam setiap kehendakku. ampunkanlah aku ya Allah. kurniakanlah kebaikan kepadaku dimana saja ia berada. Kau bimbinglah aku dikala masa susah dan senangku. janganlah Engkau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata kerana aku tidak mampu menguruskannya. letakkanlah dunia di tanganku, bukan dihatiku"

mungkin kata-kata ini sudah cukup untuk menceritakan yang kadang-kadang Allah tak nak bagi apa yang kita nak. mungkin kita akan berasa sedih, gusar, tak der selera makan dan depress. tapi, Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kita. ujian-ujiannya merupakan suatu bentuk penyucian kepada diri kita agar kita lebih bersabar dan meningkatkan ketawakalan kita kepdaNya.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 139 yang bermaksud:

"dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu sedih, kerana kamu paling tinggi darajatnya jika kamu orang yang beriman"

insyaallah, jika benih itu benih yang baik, campakkanlah dimana pun, pasti dengan izin Allah, ia akan berbuah. (banyak lagi kena buat sebenarnya, kena cari tanah, baja, siram, cabut rumput2 parasit and etc).

bilalsubuh suka dengan kata-kata ini:

"berlalulah engkau wahai awan. dimana saja hujanmu turun, hasilnya akan balik kepadaku"

maksudnya disini, janganlah gusar atau sedih kalau kita tak dapat sesuatu yang kita nak. sebab kalau itu benda yang baik, kemana saja, kepada sesiapa sahaja ia pergi pun, hasilnya akan balik kepada kita. hasilnya akan menguntungkan islam, insyaallah.

itu la kot sedikit sebanyak. semoga bermanfaat.


thanks.

5 comments:

  1. may Allah ease the matter for you...

    ReplyDelete
  2. monolog yang menyentuh hati...
    rasa terpanggil untuk turut refleksi diri..

    salam dari birmingham :)

    ReplyDelete
  3. jazakallahu khairan kathira sgt2 for the post.. alhamdulillah..kata2 yang memujuk hati yang tgh sedih..semuanya dengan izin-Nya.

    ReplyDelete
  4. salam akhi,
    semoga nta dikurniakan bidadari syurga yang tinggal di dunia tak lama lagi.
    jgn bersedih.
    Allah bersamamu.

    Thanks gak sbb mengingatkan hati ini, sayu2.=P

    ReplyDelete