assalamualaikum.
alhamdulillah, dalam kesibukan bilalsubuh menguruskan kehidupan, ada juga masa yang Allah berikan untuk berehat. sebenarnya bilalsubuh agak kecewa kerana perancangan awalnya, bulan 10, bilalsubuh nak sibukkan diri betul2 agar bulan 11 boleh concentrate study. sebab tu bilalsubuh sanggup amik tanggungjawab untuk menjadi event manager untuk majlis makan malam dan dialog pelajar bersama Tan Sri KPPA. tapi masuk november ni, bertambah sibuk pulak.
namun alhamdulillah, kesibukan ini merupakan didikan untuk bilalsubuh mengenal erti sabar, menghargai masa, memahami hati orang lain dan juga melupakan seketika 'masalah-masalah visceral' yang menghantui bilalsubuh walaupun pada hakikatnya susah untuk dilakukan. belom cuba belom tau...!
bilalsubuh sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang mengambil berat tentang diri ini sehingga ada yang men-suggestkan agar bilalsubuh mengambil vitamin. terharu pon ada, malu pun ada. alhamdulillah, bilalsubuh tersedar bahawa antara jalan yang terbaik adalah bertaqarrub kepada Allah. semoga Allah menjauhkan segala sifat riya', ujub dan takabbur dari hati bilalsubuh. sebabnya, boleh guna logic akal. kalau hubungan kita dan Allah baik, ala-ala kabel aurium 6 inchi, mudah tak jika kita hendak meminta pertolongan dari Allah?
jika ada masa terluang, itu merupakan suatu rahmat bagi orang-orang yang sibuk. jadi, masa rehat yang Allah berikan ini mestilah kita gunakan sebaiknya.
teringat kata-kata nageb manchester. katanya; "masa rehatku hanyalah apabila kedua kakiku melangkah ke dalam syurga". satu ayat yang sudah cukup untuk menyebabkan kita akan terus bekerja demi menegakkan agama Allah dan mengembalikan islam ke tempatnya.
kedua, kata-kata abdul malik bin umar. tahu siapa? abdul malik adalah anak kepada umar abdul aziz. setelah umar abdul aziz diangkat menjadi khalifah dalam keadaan dia sendiri tidak mahu menerima jawatan itu, dia pulang ke rumah. dan dia memberitahu anaknya, abdul malik, yang dia sangat letih pada hari pertama dia menjadi khalifah. dia ingin tidor sebentar sementara menanti waktu zohor. namun abdul malik berkata, "siapakah yang akan memberi jaminan kepada amirul mukminin untuk bangun semula pada waktu zohor dan menyambung kerja-kerja khalifah?". subhanallah, patutlah abdul malik ni merupakan anak kesayangan uma abdul aziz. persoalannya, bilakah umar abdul aziz akan berehat?
ketiga, sewaktu kami membuat jamuan perpisahan untuk batch PMC yang akan balik (sudah balik Mac lalu), kamal ariff berkata. "kalau kamu semua ingat pagi tadi, sewaktu kita bermain paintball, kita diberi masa beberapa minit untuk berehat. namun, adakah masa rehat itu kita guna untuk sembang-sembang? (ramai yang mengatakan tidak). sebaliknya, kita telah menggunakan masa itu untuk mengisi peluru dan berbincang strategi. jadi, apakah maksud sebenar masa rehat kita?" kamal meninggalkan dublin dengan kata-kata yang penuh berhikmah.
bilalsubuh sangat bersetuju dengan pendapat-pendapat mereka tentang masa rehat. perkara-perkara sebegini membuatkan bilalsubuh melihat kembali zaman skolah bilalsubuh. sewatu sekolah rendah dahulu, para pengawas ditugaskan untuk menjaga satu-satu kawasan pada waktu rehat dan awal pagi persekolahan. sebagai ketua pengawas yang cute pada waktu tu, bilalsubuh terpaksa makan cepat-cepat dan membuat rondaan untuk memastikan anak-anak buah menjalankan tugas. barulah bilalsubuh perasan yang masa rehat bilalsubuh digunakan untuk berkerja.
jadi, dimanakah masa rehat? apakah yang kita telah lakukan dengan masa rehat tersebut?
sebagai seorang dai'e, jangan ada mentaliti untuk berehat. setiap masa muda kita akan dipersoalkan. adakah kita sudah bersedia untuk menjawab soalan itu? jika ya, adakah jawapan kita berkualiti?
sama-sama renungkan...
barakallaahufiikum.

semoga Allah berikan kita kekuatan
ReplyDeletesalam akhi,
ReplyDelete1. bilal subuh, nnt zuhr , asar sapa sape nak jadi bilal?
2. masyallah akhi, doakan kita semua insyallah.
jzkk