Wednesday, November 11, 2009

GHURABA THE STRANGERS

Sila jawab soalan-soalan dibawah:

Pernahkah anda didatangi oleh orang yang tidak dikenali untuk menjual barang?

Possibilities:

- Adakah mereka dari syarikat-syarikat MLM? Jika ya, dimanakah kad keahlian mereka?
- Adakah barang yang mereka jual itu cetak rompak? Boleh jadi diimport dari Malaysia.
- Adakah mereka bersendirian? Ya, jika dan hanya jika mereka mempunyai ilmu silat cekak.
- Adakah barang yang hendak dijual itu tampak baru ataupun lusuh?
- Jika barang itu baru dan masih berkilat seperti di polish dengan minyak masak, adakah logic bagi manusia yang mempunyai akal untuk terus tak suka kepada barang yang baru ‘dibeli’ tersebut? Tidakkah Ireland ni boleh refund-merefund?
- Jika barang nampak second hand, kenapa anda berminat? Duit scholarship banyak, beli saja yang baru.

Adakah mereka berkereta, berbasikal atau sekadar berjalan kaki?

Possibilities:

- Mungkin juga perniagaan mereka masih baru dan tiada cukup modal untuk menyewa bangunan.
- Mengapa mereka berurus niaga di tepi jalan dengan mereka berada di dalam kereta? Communication skills bukan lagi masalah bagi mereka. Namun adakah mereka tak cukup confident untuk menjual barang baik tersebut?
- Ada kemungkinan mereka tidak keluar dari kenderaan kerana hendak cepat. Ambil anak sekolah ker, isteri balik kerja ker, ayah masuk hospital ker, tiada siapa yang tahu.
- Dimanakah etika berjual beli? Bukankah ireland ini penuh dengan sifat ‘sopan santun’ sehinggakan hampir kesemuanya memerlukan consent dan saman menyaman adalah perkara biasa?

Jika anda pernah melalui perkara diatas, ternyatalah anda telah termasuk kedalam jerat dimensi baru jenayah perniagaan iaitu berniaga tak der lesen kepada orang-orang yang disangkakan lemah.

Walaupun kita ni bukan orang putih (walaupun ada yang perasan), jangan bagi chance kat mamat-mamat bisnes yang tak bertauliah ni.

Benar, barang mereka superb murah.

Tapi ingat, jika anda membeli, bukan anda yang rugi. Tetapi umat manusia secara keseluruhan kerana anda telah membantu menyuntik modal memesatkan industri black market ini. Jika mereka terdesak untuk mendapat wang, fikirkan, apa yang akan mereka lakukan terhadap sahabat-sahabat anda yang tidak mahu membeli barang mereka? Tidakkah mereka dalam bahaya? Bayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada ahli keluarga anda? Adakah anda boleh duduk diam, menunggu bulan purnama?

Ayuh, bertindak!!!

Point to ponder adalah, jangan beli barang dari orang yang tak dikenali especially yang memberhentikan anda secara tiba-tiba di tepi jalan. Tapi kalau yang makcik jual buah tu, boleh la beli. Dia memang dah lama kat situ.

Itu saja pesanan dari Unit Keselamatan, Lajnah Kebajikan PPIMI 2009/2010.

Semoga kalian sejahtera selalu.


Sekian terima kasih.


Disediakan oleh,

IZZAT HAFIFIE HAZMI @ SARJAN GEMBO
Ketua Unit Keselamatan,
Lajnah Kebajikan,
Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland.
Tel : 0852816611
Email : cermat_sermat@yahoo.com.

2 comments: