Wednesday, November 11, 2009

NOSTALGIA 'BILAL SUBUH'



assalamualaikum

alhamdulillah harini bilalsubuh tidak ada kelas. dapatlah siapkan kerja-kerja tertunggak persatuan dan siapkan project EBH PIH yang entah apa-apa. entahlah, bilalsubuh ni sebenarnya minat psychology, public health and statistics. tetapi apabila ia menjadi wajib, perasaan mual datang secara tiba-tiba.

namun jika ini ketetapan Allah, sunnatullah untuk bilalsubuh menjadi seorang doktor yang cemerlang terus terbilang (qouted dari visi sekolah lama, SDAR tercinta), bilalsubuh redha. malahan, sedia memacu omboh-omboh 1st class. ayuh, kembalikan islam ketempatnya. umat islam tidak boleh kalah. kita perlu ubah paradigma ini. SHIFT YOUR PARADIGM.

maaflah, melalut la pulak bilalsubuh ni.

sebenarnya, bilalsubuh dah segan nak guna nama'bilalsubuh' ni kerana tak dapat nak azan subuh dah sekarang. kerja-kerja mengazan telah diambil oleh qari-qari masjid blackpitts yang lebih syahdu alunan azannya. sayu betul mendengarnya.

teringat dulu nostalgia bilal subuh di baitul isra'. berlumba-lumba hendak azan. tapi, azan subuh, tiada competition. tu yang bilalsubuh suka tu. boleh azan kuat-kuat sampai bergegar rumah. kalau nak azan kat rumah baru ni, nanti ada la jiran datang ketuk pintu. tak larat dah nak nyanyi lagu maafkan kami macam p.ramlee tu.

nostalgia subuh di baitul isra' juga membangkitkan memori bilalsubuh semasa di tingkatan 4 dimana bilalsubuh tinggal di bilik yang bercampur dari form 2 till form 5. bilik-bilik lain semuanya ikut form. bilik ini dinamakan bilik SKUAD SUBUH. kami ditugaskan untuk mengejut pelajar-pelajar lain untuk bangun subuh. macam-macam gelagat bbdak ni nak bangun. maklumlah, sekolah lelaki semua. liat sikit.

bilalsubuh rindu kat ahli-ahli bilik tu i.e. nazirulmubin, labu,kambing kolar biru, cat sheffield, tyco, bohjan, aiman kedah, sepupu azter tu apa nama ntah, dan beberapa orang lagi rakan-rakan kolar ungu yang bilalsubuh lupa. disebabkan bilalsubuh form 4 time tu, kami ada authority. form 2 n for 3 bilik skuad subuh ni akan kena bangun dulu kejut 1st round, then barulah form 4 n form 5 pegi kejut second round.

ada satu ketika tu, bilal subuh dapat rotan dari mana ntah. warden kasi ker, bilalsubuh jumpa kat mana ntah. rotan tu la peneman sebat orang yang malas bangun subuh. bersempena penulisan ini, bilalsubuh nak mintak maaf kat tambun meranti sebab dia la paling banyak kena sebat ngan bilalsubuh. liat betul si tambun ni. anyway, tambun was one of my good friend kat skolah. tambun, adakah engkau ingat kisah aci-aci buka pintu? mantap gitu. 1st place lagi.

itu la sedikit sebanyak nostalgia bilalsubuh disubuh hari. 'tarbiyyah subuh' bermula dari zaman sekolah lagi tanpa bilalsubuh sedari. terima kasih kepasa ustaz-ustaz yang memberi peluang untuk bilalsubuh mendisiplinkan diri menghargai hening di pagi hari.

walaupun sudah hampir 4 tahun meninggalkan bumi sungai gadut, gemaan ketukan pintu sewaktu di sekolah dulu masih tengiang-ngiang. ketukan yang mengajak manusia berubudiah kepada Allah. bilalsubuh rindu saat-saat itu sehingga terbwa-bawa sehingga kini. tapi kat rumah baru ni, kena slow-slow sikit. nanti kena marah dengan ketua floor.

semoga kalian yang membaca ini dapat motivasi (macam tak jer) untuk bangun subuh dan kejut orang untuk ke masjid sebab kita tak tahu bilakah kita akan appreciate kerja-kerja ni. sperti bilal subuh sendiri, setelah 5 tahun meninggalkan kerja-kerja menyebat makhluk yang mals bangun subuh, sekarang baru bilalsubuh terasa kemanisannya.

sama-samalah kita KuatkanImanTingkatkanAmal = KITA!

alhamdulillah.

3 comments:

  1. Xde nostalgia sgt waktu Subuh kat KMB sebab kat sini lebih kuang sama gak, pagi2 Nabil yg kejut..kikikikiki

    ReplyDelete
  2. =) kan..lama daa tak dengar azan dari bilal subuh, di waktu subuh...

    p/s - kalau gian nak azan, awal skit pun boleh kat rumah...kejut siap gi blackpitts :p

    ReplyDelete
  3. semoga kita istiqamah solat subuh di masjid insyaALLAH...

    ReplyDelete