Sunday, February 28, 2010

WHEN YOU DO NOT GET WHAT YOU WANT

assalamualaikum.

kadang-kadang bilalsubuh terfikir dan bermonolog sendirian,

"ya Allah, sudah terlampau banyak nikmat yang Kau kurniakan kepadaku. hampir kesemua permintaanku Engkau tunaikan. sehinggakan aku takut untuk menerima kegagalan. aku khuatir jika aku mengkufuri nikmatMu dan berpaling daripadaMu tatkala engkau menguji dengan dugaan yang tidak putus-putus. lapangkanlah dadaku dengan kurnia iman, dan indahnya tawakal padaMu. agar aku tidak lagi mempersoalkan segala ketentuan dariMu. aku sedar yang aku sering membelakangkan Engkau dalam setiap kehendakku. ampunkanlah aku ya Allah. kurniakanlah kebaikan kepadaku dimana saja ia berada. Kau bimbinglah aku dikala masa susah dan senangku. janganlah Engkau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata kerana aku tidak mampu menguruskannya. letakkanlah dunia di tanganku, bukan dihatiku"

mungkin kata-kata ini sudah cukup untuk menceritakan yang kadang-kadang Allah tak nak bagi apa yang kita nak. mungkin kita akan berasa sedih, gusar, tak der selera makan dan depress. tapi, Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kita. ujian-ujiannya merupakan suatu bentuk penyucian kepada diri kita agar kita lebih bersabar dan meningkatkan ketawakalan kita kepdaNya.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 139 yang bermaksud:

"dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu sedih, kerana kamu paling tinggi darajatnya jika kamu orang yang beriman"

insyaallah, jika benih itu benih yang baik, campakkanlah dimana pun, pasti dengan izin Allah, ia akan berbuah. (banyak lagi kena buat sebenarnya, kena cari tanah, baja, siram, cabut rumput2 parasit and etc).

bilalsubuh suka dengan kata-kata ini:

"berlalulah engkau wahai awan. dimana saja hujanmu turun, hasilnya akan balik kepadaku"

maksudnya disini, janganlah gusar atau sedih kalau kita tak dapat sesuatu yang kita nak. sebab kalau itu benda yang baik, kemana saja, kepada sesiapa sahaja ia pergi pun, hasilnya akan balik kepada kita. hasilnya akan menguntungkan islam, insyaallah.

itu la kot sedikit sebanyak. semoga bermanfaat.


thanks.

Sunday, February 21, 2010

PERCAYA SEBELUM NAMPAK

Assalamualaikum.

kepada semua, maaflah bilalsubuh sekarang dah jarang masukkan entry-entry terbaru ke dalam blog ni. ada beberapa perkara sistemik dan peripheral yang perlu di selesaikan.

bilalsubuh menulis entry ini disebabkan bilalsubuh terfikir kenapa kadang-kadang bilalsubuh meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada sesuatu perkara walaupun bilalsubuh masih tidak nampak kesudahannya dengan mata kasar.

untuk menerangkan permasalahan ini, suka untuk bilalsubuh menggunakan syurga (dan neraka) sebagai analogi.

kita tidak pernah nampak syurga (lagi). tetapi kenapa kita terlalu yakin bahawa syurga itu wujud dan kita berusaha keras untuk mendapat syurga itu?

ini kerana disebabkan itu adalah janji Allah di dalam Al-Quran dan kita yakin akan kebenarannya. dan itu adalah setulen-tulen iman.

persoalannya, apakah kita perlu nampak untuk berasa yakin?

fikir-fikirkan...

Friday, February 12, 2010

SESUNGGUHNYA ENGKAU TAHU

TANPA KENAL LELAH JEMU



Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..