Friday, December 11, 2009

PERGI TAK KEMBALI

(bilalsubuh bergambar dengan Mad, pada pagi hari raya Aidilfitri tahun 2007 yang lalu. Dan baju ungu itulah yang Mad pakai time accident)

Ketika bilalsubuh mula menulis artikel/cerita ini, kemungkinan besar Mohd Farhan Musa telah selamat dikebumikan. Mohd Farhan(Mad) adalah jiran bilalsubuh. Rumah kami hanya bersebelahan. Namun, bilalsubuh tidak lagi dibenarkan berjumpa dengannya selamanya. Mad terlibat dalam kemalangan bersama 3 lagi jiran bilalsubuh dalam sebuah kereta. Mad sudah meninggal. Semua yang terlibat dalam kemalangan tersebut meninggal.


Mereka sebenarnya dalam perjalanan pulang dari majlis akad nikah Ayep (Ariff), pada sebelah pagi di Anak Bukit, Kedah. Dalam perjalanan pulang, mereka berempat diajak untuk singgah sebentar di alam seterusnya oleh Allah SWT. Boleh baca keratan akhbar disini.


Gemaan ’aamiiin’ ketika solat Jumaat tadi membuatkan bilalsubuh bersa sebak, teringatkan Mad yang selama ini selalu berdampingan dengan bilalsubuh. Kami pergi ke masjid sekali, kalau hari ok, naik motor, kalau hari tak ok, kami naik kereta. Setiap solat jumaat, dia akan datang rumah bilalsubuh 5 minit awal. Kadang-kadang bilalsubuh baru ja habis mandi. Ramadhan haritu, hampir setiap malam kami bertarawih sekali. Kalau agak dah boring ngan Masjid Padang Lati, kami ke Masjid Kangar.


Pada musim buah yang lalu (cuti summer lepas), Mad adalah orang yang selalu meneman bilalsubuh mengutip buah2 didusun, especially buah durian. Waktu dia paling aktif adalah petang, 2 biji dia sorang pon boleh habis. Kalau pagi, dia susah sikit nak makan buah, diet jugak la dia ni.


Selepas mendengar berita ini dari mak bilalsubuh subuh pagi tadi, bilalsubuh masih rasakan kematian Mad adalah perkara biasa dan lumrah. Tetapi, ketika bilalsubuh membaca Quran (rutin harian) selepas solat, bilalsubuh sebak. Teringatkan Mad. Pada hari bilalsubuh hendak berangkat balik ke Dublin, jiran-jiran berkumpul di depan rumah, termasuklah Mad.


Mad salam dan memeluk bilalsubuh, dan dia terus masuk rumahnya tanpa menunggu bilalsubuh memulakan perjalanan. Tanpa mengeluarkan sepatah kata. Tapi sempat bilalsubuh bagi sedikit wang kat dia, habuan minyak motor pergi kolej. Dan dia sebenarnya menangis. Kenapa dia tidak mengikut biilalsubuh ke airport seperti dia selalu buat? Bilalsubuh nak pergi KL pun dia hantar sampai stesen bas. Mungkinkah dia tahu itu kali terakhir dia akan memeluk cium bilalsubuh?


Sewaktu summer haritu, pernah dua kali bilalsubuh bawa Mad ke hospital untuk rawatan susulan buah pinggah dia yang bengkak dan juga TCA accident motor dia tahun lepas. Pernah satu malam tu, kami solat terawih di Padang Lati, habis jer 4 rakaat, dia ajak ke A&E, katanya pinggang sakit bangat. Nasib baik kami naik kereta. Lama jugaklah bilalsubuh tunggu, sejam kot. Dia masuk buat apa ntah dalam tu.


On the way balik, kami sempat berjenaka. Katanya, kalau nak ikut orang yang paling banyak ke hospital adalah mak bilalsubuh, sebab dah jadi nurse kat situ hampir 20 tahun. Then, Dr Hafiz (abang kepada Ayep) sebab dia memang kerja kat situ. Dan yang ketiga, dia la. Lepas satu, satu. Tengah-tengah syok dok kira tu, tak perasan depan ada roadblock. Gelabah kitorang. Dok lawan tarik seat belt. Kelakar jer. Seb baik sampai depan polis tu, dah pakai. Tapi polis tu nampak kegelabahan kitorang, dia senyum jer. Cool la pak cik polis tu.


Banyak la lagi peristiwa-peristiwa kami. Main PS2 skali, ronda-ronda naik motor skali, pergi tengok kawan kami yang lumpuh (Am) sekali, dan banyak menda lagi kami buat sekali. Pergi main boling kat alor setar. Kami dua saja. Dah macam adik sendiri. Rumah bilalsubuh macam rumah dia. Kalau dia lapar, dia pergi jer dapur makan apa yang ada. Kalau tak der benda makan, kitorang masak la apa yang ada. Bilalsubuh rindu kat Mad. Betul kata Azhan, absence makes the heart grew fonder.


Tapi bilalsubuh dah tak boleh jumpa Mad lagi lepas ni. Mad dah pergi. Selamanya.


(Insyaallah bilalsubuh akan ceritakan Ariff dan sekeluarga. Kami dah berjiran hampir 18 tahun....insyaallah...)

5 comments:

  1. innalillah... sebak gak aku baca ni... teringat kenangan aku ngan sepupu aku yang baru jgk meniggal dalam minggu ni... dan perkara sama, aku takkan lagi dapat bejumpa ngan sepupu aku tu, melainkan pusara dia.. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka dan seluruh muslimin dan muslimat. amiin..

    ReplyDelete
  2. terasa kehilangan walau tidak mngenali siapakah insan yg diceritakan dalam entri kali ni.
    terasa sebaknya, walau hanya membaca bait ayat yg dilakar dalam ruangan ni.
    terasa bersalah sebab masa study group tadi aku cuba membatukan hati walau sebenarnya aku sudah tak mampuu, dan aku tahu , ko dan mungkin sahabat2 yang lain juga dah rasa berat utk meneruskan diskusi.dan aku sendiri,benar,sungguh berat nk mempengerusikn sesi tu.
    maaf lah..
    maaf andai xmembantu.
    maaf andai aku kurang sensitif
    utuskan doa buat dia, moga Allah mengampunkan dosa2nya dan dosa2 kita.
    al fatihah..
    *maaf andai ada khilaf dimana2
    *terfikir sejenak, ajal kita bila pula...

    ReplyDelete
  3. SALAM AKHI,

    sebak ana dgr berita ni. ikhwah kita pon sorang dah tada. sama2 kita doa dan risau utk kita pula.

    http://picasaweb.google.com/rais1010/KemalanganAriff#

    ReplyDelete
  4. izzat, adik meninggal pakai baju purple tu. ayah sebak sgt-sgt. abah hg pun sebak baca.

    ReplyDelete