Thursday, August 13, 2009
NIK AZIZ MASIH RELEVAN
Merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia, 13 August 2009, muka hadapan, ruangan Senyum Kambing, bilalsubuh ingin membuat sedikit ulasan lanjut untuk mempertahankan kenyataan Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz ada menyatakan yang DAP boleh menghina Islam atas alasan pengetahuan mereka terhadap agama Islam mungkin tidak meluas.
Apakah hak Senyum Kambing untuk mempersoalkan kenyataan Nik Aziz tersebut?
Nik Aziz merupakan seorang ilmuan Islam yang dihormati kerana kesarjanaan beliau dalam bidang ini.
Jika hendak mempersoalkan kesarjanaan beliau, manakan mungkin pentadbirannya kekal sehingga hari ini.
Setiap hujah yang dikeluarkan, semestinya mempunyai sandaran. Bilalsubuh yakin dengan pengetahuan yang ada pada Nik Aziz sehingga dia berani membuat kenyataan tidak popular seperti yang demikian.
Tapi apa yang lebih penting dari itu adalah, apakah respons kita terhadap penghinaan DAP terhadap Islam ini? Sudah cukupkah ilmu kita untuk mempertikaikan kenyataan seorang ulama? Sedalam manakah ilmu kita terhadap Islam untuk kita menjadi hero mempertahankan kedaulatannya? Apa yang kita ada untuk memartabatkan kembali maruah Islam?
Penghinaan ini tidak akan terjadi melainkan sudah terdapat banyak umat Islam yang telah menghina agama mereka sendiri. Apabila Al-Quran dan Sunnah tidak lagi menjadi pengangan hidup, manusia mula menyimpang dan tidak lagi berhukum dengan hukum Allah.
Jadi, salah siapa sebenarnya? Tepuk dada tanya iman.
Marilah kita sama-sama mengembalikan kedaulatan Islam berpaksikan kepada Tauhid yang sebenar.
Sesunnguhnya tiada Ilah selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Bukanlah niat bilalsubuh untuk menjadi taksub kepada Nik Aziz, tetapi bak kata pepatah melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Sampai bila umat Islam perlu berbalah sesama sendiri tatkala Islam itu sendiri sedang difitnah?
Menjadi seorang insan yang lahir ketika pemerintahan Datuk Nik Aziz, rasanya bilalsubuh ada privilege untuk mengatakan yang Nik Aziz masih relevan, dan akan terus relevan.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://drmaza.com/home/?p=710
ReplyDeletebaca post drmaza tentang antara nas dan pendapat tokoh.jangan terlalu taksub