Thursday, July 29, 2010

MENGGAPAI REDHA ALLAH

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menggariskan 3 cara untuk menggapai redha Allah.

Iaitu:

1. apabila berinteraksi dengan Allah, tidak boleh ada tawar menawar.

2. apabila berinteraksi dengan manusia lain, tidak boleh ada nafsu ditengah-tengahnya.

3. apabila berinteraksi dengan diri sendiri, tidak boleh berasa aman dan tenteram.

Wednesday, July 21, 2010

CUKUPLAH REDHA ALLAH BAGIKU

Salam wrt.

Hampir 2 bulan bilalsubuh membiarkan blog ni kesepian. Mohon maaf kepada pembaca2 sekalian.

Sesungguhnya bilalsubuh menulis ini bukan untuk dipuji, dipraised apatah lagi mengharapkan redha manusia.

Jika kita mencari redha manusia, nescaya sepanjang masa kita akan berada didalam kegagalan.

Ya Allah, aku tidak kisah manusia mencemuh, membenci dan bersangka buruk kepadaku disebabkan kelemahan-kelemahanku kerana aku hanyalah hambaMu yang sedang jatuh bangun menuju ke syurgaMu.

Dan janganlah pula kau jadikan kelebihanku sebagai fitnah apatah lagi membuatkan aku takabbur.

Kau ilhamkanlah jalan-jalan kebenaran dan ketenangan bagiku.

Cukuplah redha Engkau bagiku