Ahad lepas bilalsubuh went thru surah Hujurat dengan member2 Quranic Circle bilalsubuh yang terdiri daripada Salleh, Pali, Khidir dan rumet terchenta, Apih Amid. Dalam khusyu' membaca tafsir surah tersebut, ada satu ayat yang membuatkan bilalsubuh terfikir panjang, sehingga sekarang.
Ayat 7 Surah Hujurat yang bermaksud:Dan ketahuilah ditengah-tengah kamu ada Rasulullah, kalau dia mengikuti (kemahuan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah di dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus
Skali baca, nampak macam self explanatory saja ayat ni. Mungkin ramai yang menganggap kita bukanlah mufassirin yang boleh menafsir sewenang-wenangnya ayat-ayat Al-Quran especially yang mutasyabihat. Ya, memang benar. Kalau menafsir Al-Quran menggunakan akal, pastinya kita akan ada tendency untuk mengubah maksud ayat tersebut serta mungkin juga bercanggah dengan ayat-ayat lain dan hadith-hadith apabila dibuat cross-reference.
Namun, Allah tidaklah zalim untuk menurunkan satu kitab panduan kepada Umat Muhammad sehingga apabila dibaca, perlulah setiap masa dirujuk kepada kitab-kitab tafsir yang tebal dan ulama yang sarjana dalam bidang tafsir. Jika begitu, akan bankraplah company islam yang menjual Quran bersama tafsir. Selagi mana boleh diambil pengajaran terus dari ayat, kita ambil asalkan tidak menyanggahi aqidah. Sungguh al-Quran itu rahmat dan petunjuk kepada orang-orang yang berfikir.
Baiklah pembaca sekalian, mari kita balik ke topik perbincangan utama. Bilalsubuh pon tak der masa sangat sebab nak exam. Tapi terasa nak tulis, tulis jer la.
Mungkin jika memikirkan ibrah secara langsung dari ayat tersebut, mungkin susah. sebab macam vaque sikit. Tetapi lihatlah bagaimana tarbiah langsung dari Allah kepada Rasulullah dan para sahabat.
Tidaklah hanya para sahabat wala' kepada Rasulullah kerana sifat baginda yang terpuji.
Tidaklah pula wala' itu hanya kerana Rasulullah itu adalah seorang al-amin.
Tidaklah pula sahabat2 mengikut bulat-bulat kata-kata Rasulullah hanya kerana telah pun mereka berjanji setia dengan Muhammad utusan Allah.
Jika wala', kesetiaan, kepercayaan dan tsiqah kepada Rasulullah itu sebagai seorang individu yang sudah tidak dipersoalkan lagi akhlaknya, nescaya semua itu akan pudar dan hilang selepas wafatnya Rasulullah. Mengapa apabila Rasulullah wafat, sahabat-sahabat berjanji setia dengan pimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin?
Ya, tidak dinafikan bahawa sifat-sifat terpuji yang ada pada diri Rasulullah pada zaman jahiliah dan selepas kerasulan itu sangat memaikan peranan dalam mengembangkan risalah islamiyyah.
Jika itu kisahnya, mengapa tidak pula Quraisy, hatta datuk dan uncle nabi gagal menerima hidayah dari Allah sungguhpun telah Rasulullah usahakan, malah diberikan tumpuan yang lebih kepada golongan pembesar-pembesar Quraisy ini. Sehinggakan baginda ditegur oleh Allah dalam surah 'Abasa apabila pada mulanya Rasulullah tidak mengendahkan seorang buta bernama Abdullah Ummi Makhtum yang datang berjumpa baginda agar diajarkan Islam kepadanya.
Quraisy sendiri mengiktiraf akhlak Nabi. Namun, apakah halangan mereka untuk menerima Islam?
Sesungguhnya benarlah pintu masuk kepada Islam itu adalah kalimah Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Setiap yang kembali ke fitrah asalnya iaitu islam bukan sahaja perlu mengakui Rasulullah itu sebagai utusan Allah, tetapi perlu dahulu mengiktiraf bawah tiada kekuasaan, tiadalah hukum, tiadalah pangkat dan pengaruh selain semuanya milik mutalak Allah sahaja. Itu yang Quraiysh tidak mahu. Maka, matilah mereka dalam keadaan iman itu tidak masuk kedalam hati mereka kerana Allah tidak mengurniakan hidayah dan kefahaman Islam kepada mereka.
Inilah point utama yang bilalsubuh nak tekankan.
Iaitu, Allah menjadikan kita cinta kepada keimanan, kebenaran, ketulenan ajaran Islam sehingga hilang rasa ragu-ragu terhadap jalan wahyu ini. Para sahabat tidak ragu-ragu dengan kata-kata Rasulullah bukan setakat mereka percaya yang kata-kata Rasulullah itu benar, malahan penerimaan itu adalah refleksi dan manifestasi keimanan mereka terhadap kebenaran Islam.
Inilah uniknya para sahabat. Mereka adalah golongan yang cintakan kebenaran. Mereka adalah sebaik-baik kurun manusia yang dijadikan Allah untuk menerima ilmu dan kebenaran itu bukan atas kapasiti manusia, tetapi kerana sifat ilmu yang disampaikan itu. Namun, mereka sangat beruntung kerana berkesempatan berdamping dengan Rasulullah yang dijamin kemaksuman serta terjamin akan diampunkan dosanya yang lalu dan akan datang.
Jikalah sekiranya para sahabat dan tabiin hanya mengiktiraf kata-kata Rasulullah sebagai nasihat dan panduan dan menolak ijtihad serta pendapat para sahabat yang lain, nescaya Islam tidak sampai kepada kita. Tidaklah tertegaknya pemerintahan Khulafa, tidaklah tertegaknya pemerintahan Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniah. Ini kerana sifat insan yang cintakan keimanan itu adalah seorang yang sentiasa dahagakan ilmu yang benar, rajin pula meminta nasihat serta sedia pula ditegur tidak kiralah siapa yang bercakap.
Sebagai contoh, kita doktor sedang jalan-jalan di hospital selepas tamat shift kerja. Lalu ada seorang tukang sapu yang menegur kita dengan tanyaan, 'Dr dah solat ke belom. Nak tahu tak solat itu dapat mencegah kita semua dari perkara keji dan mungkar and etc'. hebat jugak tukang sapu ni, ikut usrah kot...apa respons kita? Bukannya Mak Cik Tukang sapu tu tak tahu pon yang ita ni seorang practicing Muslim. Dia tahu, tapi dia pon bagus, ingin bersama-sama arus perdana dakwah ini.
Jadi, selagi mana apa yang kita dengar itu benar, ada sandaran dalil dari Quran dan Hadith, selagi itu kita mesti bersedia menerima kebenaran tersebut hatta dia itu musuh kita ataupun orang yang paling kita benci di atas muka bumi ini.
Jika kita terdengar seseorang menyatakan sesuatu tanpa dalil, kita mintak dia kemukakan bukti sokongan supaya dapat kita lahirkan masyarakat yang bukan sahaja berhujah menggunakan akal lalu disokong dengan dalil, tetapi kita nak lahirkan masyarakat yang berfikir, mengimplementasi Al-Quran dan Sunnah dalam setiap saat kehidupan. Masyarakat Islam yang maju adalah yang berpaksi kepada dalil dan menggunakan akal sebagai sokongan. Ini kerana kebenaran Al-Quran dan Sunnah itu akan tertegak dengan sendirinya walaupun tidak tercapai akal manusia untuk berfikir mengenainya.
Bilalsubuh tulis entri ni panjang-panjang bukanlah nak buang masa antum. tapi ada beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman:
- setiap kata-kata manusia boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Nabi.
- janganlah menilai percakapan manusia hanya kerana sifat individualnya, tetapi nilailah isi kebenarannya.
- cubalah untuk sentiasa meminta si penceremah untuk mengemukakan bukti-bukti dari al-Quran dan Sunnah ataupun Ijtihad mana-mana ulama muktabar jika kata-katanya terdapat kekeliruan.
- dakwah ini bukan terhad kepada ahli dalam bidang agama, tetapi menjadi tanggungjwab semua.
Sekadar pendapat bilalsubuh yang dhaif. terbuka kepada sebarang kritikan. Kalau rasa call lagi bagus, silakan.
tel : +353852816611
emel : cermat_sermat@yahoo.com
Ya Allah, ampunkanlah aku atas setiap dosaku.
-IZZAT HAFIFIE-
tel : +353852816611
emel : cermat_sermat@yahoo.com
Ya Allah, ampunkanlah aku atas setiap dosaku.
-IZZAT HAFIFIE-