Tuesday, September 7, 2010

AKU INGIN PULANG

Kemanapun aku pergi
Bayang bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S'lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du du du

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku harus pulang

Thursday, July 29, 2010

MENGGAPAI REDHA ALLAH

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menggariskan 3 cara untuk menggapai redha Allah.

Iaitu:

1. apabila berinteraksi dengan Allah, tidak boleh ada tawar menawar.

2. apabila berinteraksi dengan manusia lain, tidak boleh ada nafsu ditengah-tengahnya.

3. apabila berinteraksi dengan diri sendiri, tidak boleh berasa aman dan tenteram.

Wednesday, July 21, 2010

CUKUPLAH REDHA ALLAH BAGIKU

Salam wrt.

Hampir 2 bulan bilalsubuh membiarkan blog ni kesepian. Mohon maaf kepada pembaca2 sekalian.

Sesungguhnya bilalsubuh menulis ini bukan untuk dipuji, dipraised apatah lagi mengharapkan redha manusia.

Jika kita mencari redha manusia, nescaya sepanjang masa kita akan berada didalam kegagalan.

Ya Allah, aku tidak kisah manusia mencemuh, membenci dan bersangka buruk kepadaku disebabkan kelemahan-kelemahanku kerana aku hanyalah hambaMu yang sedang jatuh bangun menuju ke syurgaMu.

Dan janganlah pula kau jadikan kelebihanku sebagai fitnah apatah lagi membuatkan aku takabbur.

Kau ilhamkanlah jalan-jalan kebenaran dan ketenangan bagiku.

Cukuplah redha Engkau bagiku

Thursday, May 6, 2010

ILMU DAN KEBENARAN: SIAPA ATAU APA?

Assalamualaikum.

Ahad lepas bilalsubuh went thru surah Hujurat dengan member2 Quranic Circle bilalsubuh yang terdiri daripada Salleh, Pali, Khidir dan rumet terchenta, Apih Amid. Dalam khusyu' membaca tafsir surah tersebut, ada satu ayat yang membuatkan bilalsubuh terfikir panjang, sehingga sekarang.

Ayat 7 Surah Hujurat yang bermaksud:

Dan ketahuilah ditengah-tengah kamu ada Rasulullah, kalau dia mengikuti (kemahuan) kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah di dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus

Skali baca, nampak macam self explanatory saja ayat ni. Mungkin ramai yang menganggap kita bukanlah mufassirin yang boleh menafsir sewenang-wenangnya ayat-ayat Al-Quran especially yang mutasyabihat. Ya, memang benar. Kalau menafsir Al-Quran menggunakan akal, pastinya kita akan ada tendency untuk mengubah maksud ayat tersebut serta mungkin juga bercanggah dengan ayat-ayat lain dan hadith-hadith apabila dibuat cross-reference.

Namun, Allah tidaklah zalim untuk menurunkan satu kitab panduan kepada Umat Muhammad sehingga apabila dibaca, perlulah setiap masa dirujuk kepada kitab-kitab tafsir yang tebal dan ulama yang sarjana dalam bidang tafsir. Jika begitu, akan bankraplah company islam yang menjual Quran bersama tafsir. Selagi mana boleh diambil pengajaran terus dari ayat, kita ambil asalkan tidak menyanggahi aqidah. Sungguh al-Quran itu rahmat dan petunjuk kepada orang-orang yang berfikir.

Baiklah pembaca sekalian, mari kita balik ke topik perbincangan utama. Bilalsubuh pon tak der masa sangat sebab nak exam. Tapi terasa nak tulis, tulis jer la.

Mungkin jika memikirkan ibrah secara langsung dari ayat tersebut, mungkin susah. sebab macam vaque sikit. Tetapi lihatlah bagaimana tarbiah langsung dari Allah kepada Rasulullah dan para sahabat.

Tidaklah hanya para sahabat wala' kepada Rasulullah kerana sifat baginda yang terpuji.

Tidaklah pula wala' itu hanya kerana Rasulullah itu adalah seorang al-amin.

Tidaklah pula sahabat2 mengikut bulat-bulat kata-kata Rasulullah hanya kerana telah pun mereka berjanji setia dengan Muhammad utusan Allah.

Jika wala', kesetiaan, kepercayaan dan tsiqah kepada Rasulullah itu sebagai seorang individu yang sudah tidak dipersoalkan lagi akhlaknya, nescaya semua itu akan pudar dan hilang selepas wafatnya Rasulullah. Mengapa apabila Rasulullah wafat, sahabat-sahabat berjanji setia dengan pimpinan Khulafa' Ar-Rasyidin?

Ya, tidak dinafikan bahawa sifat-sifat terpuji yang ada pada diri Rasulullah pada zaman jahiliah dan selepas kerasulan itu sangat memaikan peranan dalam mengembangkan risalah islamiyyah.

Jika itu kisahnya, mengapa tidak pula Quraisy, hatta datuk dan uncle nabi gagal menerima hidayah dari Allah sungguhpun telah Rasulullah usahakan, malah diberikan tumpuan yang lebih kepada golongan pembesar-pembesar Quraisy ini. Sehinggakan baginda ditegur oleh Allah dalam surah 'Abasa apabila pada mulanya Rasulullah tidak mengendahkan seorang buta bernama Abdullah Ummi Makhtum yang datang berjumpa baginda agar diajarkan Islam kepadanya.

Quraisy sendiri mengiktiraf akhlak Nabi. Namun, apakah halangan mereka untuk menerima Islam?

Sesungguhnya benarlah pintu masuk kepada Islam itu adalah kalimah Lailahaillah Muhammadurrasulullah. Setiap yang kembali ke fitrah asalnya iaitu islam bukan sahaja perlu mengakui Rasulullah itu sebagai utusan Allah, tetapi perlu dahulu mengiktiraf bawah tiada kekuasaan, tiadalah hukum, tiadalah pangkat dan pengaruh selain semuanya milik mutalak Allah sahaja. Itu yang Quraiysh tidak mahu. Maka, matilah mereka dalam keadaan iman itu tidak masuk kedalam hati mereka kerana Allah tidak mengurniakan hidayah dan kefahaman Islam kepada mereka.

Inilah point utama yang bilalsubuh nak tekankan.

Iaitu, Allah menjadikan kita cinta kepada keimanan, kebenaran, ketulenan ajaran Islam sehingga hilang rasa ragu-ragu terhadap jalan wahyu ini. Para sahabat tidak ragu-ragu dengan kata-kata Rasulullah bukan setakat mereka percaya yang kata-kata Rasulullah itu benar, malahan penerimaan itu adalah refleksi dan manifestasi keimanan mereka terhadap kebenaran Islam.

Inilah uniknya para sahabat. Mereka adalah golongan yang cintakan kebenaran. Mereka adalah sebaik-baik kurun manusia yang dijadikan Allah untuk menerima ilmu dan kebenaran itu bukan atas kapasiti manusia, tetapi kerana sifat ilmu yang disampaikan itu. Namun, mereka sangat beruntung kerana berkesempatan berdamping dengan Rasulullah yang dijamin kemaksuman serta terjamin akan diampunkan dosanya yang lalu dan akan datang.

Jikalah sekiranya para sahabat dan tabiin hanya mengiktiraf kata-kata Rasulullah sebagai nasihat dan panduan dan menolak ijtihad serta pendapat para sahabat yang lain, nescaya Islam tidak sampai kepada kita. Tidaklah tertegaknya pemerintahan Khulafa, tidaklah tertegaknya pemerintahan Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniah. Ini kerana sifat insan yang cintakan keimanan itu adalah seorang yang sentiasa dahagakan ilmu yang benar, rajin pula meminta nasihat serta sedia pula ditegur tidak kiralah siapa yang bercakap.

Sebagai contoh, kita doktor sedang jalan-jalan di hospital selepas tamat shift kerja. Lalu ada seorang tukang sapu yang menegur kita dengan tanyaan, 'Dr dah solat ke belom. Nak tahu tak solat itu dapat mencegah kita semua dari perkara keji dan mungkar and etc'. hebat jugak tukang sapu ni, ikut usrah kot...apa respons kita? Bukannya Mak Cik Tukang sapu tu tak tahu pon yang ita ni seorang practicing Muslim. Dia tahu, tapi dia pon bagus, ingin bersama-sama arus perdana dakwah ini.

Jadi, selagi mana apa yang kita dengar itu benar, ada sandaran dalil dari Quran dan Hadith, selagi itu kita mesti bersedia menerima kebenaran tersebut hatta dia itu musuh kita ataupun orang yang paling kita benci di atas muka bumi ini.

Jika kita terdengar seseorang menyatakan sesuatu tanpa dalil, kita mintak dia kemukakan bukti sokongan supaya dapat kita lahirkan masyarakat yang bukan sahaja berhujah menggunakan akal lalu disokong dengan dalil, tetapi kita nak lahirkan masyarakat yang berfikir, mengimplementasi Al-Quran dan Sunnah dalam setiap saat kehidupan. Masyarakat Islam yang maju adalah yang berpaksi kepada dalil dan menggunakan akal sebagai sokongan. Ini kerana kebenaran Al-Quran dan Sunnah itu akan tertegak dengan sendirinya walaupun tidak tercapai akal manusia untuk berfikir mengenainya.

Bilalsubuh tulis entri ni panjang-panjang bukanlah nak buang masa antum. tapi ada beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman:

  1. setiap kata-kata manusia boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Nabi.
  2. janganlah menilai percakapan manusia hanya kerana sifat individualnya, tetapi nilailah isi kebenarannya.
  3. cubalah untuk sentiasa meminta si penceremah untuk mengemukakan bukti-bukti dari al-Quran dan Sunnah ataupun Ijtihad mana-mana ulama muktabar jika kata-katanya terdapat kekeliruan.
  4. dakwah ini bukan terhad kepada ahli dalam bidang agama, tetapi menjadi tanggungjwab semua.
Sekadar pendapat bilalsubuh yang dhaif. terbuka kepada sebarang kritikan. Kalau rasa call lagi bagus, silakan.

tel : +353852816611
emel : cermat_sermat@yahoo.com

Ya Allah, ampunkanlah aku atas setiap dosaku.

-IZZAT HAFIFIE-

Friday, April 30, 2010

AT LEAST...

assalamualaikum.

entri kali ini bilalsubuh amik totally dari blog kawan bilalsubuh, Muhsin namanya. Dia adalah pelajar architecture di University College London. Tulis muhsin...

kita selalu berselindung di sebalik kata-kata

"ATLEAST kita Islam"

"ATLEAST kita dah buat ibadah wajib"

"ATLEAST kita baca Al-Quran everyday"

dengan itu mata kita tertutup dengan kemungkaran yang kita lakukan

kerana Manisnya ATLEAST
kita lupa Manisnya IMAN

Kerana Manisnya ATLEAST
kita lupa tuntutan Islam

Kerana Manisnya ATLEAST
kita tertipu dengan Syaitan

Kerana Manisnya ATLEAST
Retaklah Akidah kepada Tuhan

boleh ikuti penulisan penuh beliau di www.m-muhsin.blogspot.com

memang menarik.

selamat membaca dan mengambil pengajaran....

Monday, April 26, 2010

THE TWO EXTREME ENDS

Introduction

Brothers and sisters,

Thanks for coming to our event this evening and I hope it will be a memorable moment for me and for you guys since this is the first event organised by the new committee and this is also the first time ever in the history of RCSI organising this Grand Iftar. We hope to get your continous support and participation in our future events, insyaallah.

Brothers and sisters,

Before I go further, I want to ask you a simple lousy question. I hope to get few answers and I do not expect to get the same precise answer. If I were to ask you, who is your enemy? What is your answer?

As-Syaitan is our enemy. He is our enemy since the creation of Adam a.s. He is our enemy that will keep influencing us on our day-to-day decision. He is our enemy that plant the seeds of hatred, laziness, greedy, selfish, jealousy and ziliions of other bad habits. And he is our enemy forever and ever. If you read the tafseer, in surah annas, you will know more who syaitan is. But, in our discussion today, let keep it simple, since everyone is tired.

Brothers and sister,

I have another question here. What do you think about syaitan, is he stupid and clever? And why?

Do not think that syaitan is a stupid creation. He is even clever than us. He was created before Adam a.s. had been created. He has more experience than us. He will keep chasing us wherever we go and he will never stop because he has promised to Allah that he will deviate the human from Islam and eventually to join him entering the jahannam.

Brothers and sisters,

However, please do not feel comfortable and secured if we you are now a fully practicing muslim. You observe you salaat, fasting, do sadaqa, charity, or even actively doing daawah. Because like I said, syaitan will not stop working. The will not take a rest. They will not keep quite. They will keep whispering to us until we have deviated from the true path of the Islamic faith.

If the syaitan not be able to deviate us from islam, he will make us ghuluw, which is excessive, especially in ibadah. He makes us performing the ibadah that is beyond the guidelines given by our beloved prophet a.s. which is most of the time are unnecessary.

Brothers and sisters,

I am saying this because now we are approaching another miserable time in our life, which is the examination. Because we are so afraid and so scared of the outcome, it is a fitrah for us to go back to our creator. This is normal because how good or how bad one is, if he is having hard time, he will beg his Lord, in our case, Allah SWT. It is not wrong. It is even better because we know that Allah is the one who will help us in our studies, during our time in the examination hall, and also to pass the exam.

It reflects our iman and our primary intention of studying, we are not a strong creation that will be able to determine our future by our own hands. We are a weak creation that is totally dependence on Allah. So, it is normal to go back to Allah when we are having a difficult time so that Allah, with his Mercy will help us to ease our burden and help us every single second in our life.

After all, like I stress earlier, syaitan is even a genius creation. He will make us excessive in our effort to be close to Allah, to establish our firm relationship with Him.

Refer to a hadith, narrated by Anas (mentioned in Riyaadussaliihin, Chapter 13, Moderation in Worship). (page 122 in Mubarakpuri’s collection)

Brothers and sisters,

I remind you on this topic because as I said, when we are depress and stress, we tend to do something that is out of our mind and does not make sense.

I still remember one story regarding my friend during my young and innocent secondary school time. We called him Micheal for unknown aetiology, but he is happy with that and make doa for him as well as he is going to be a qualified accountant very soon and hopefully he will be able to come to Dublin for his ACCA in DBS.

Prior to our SPM (O-Level) examination which was in the 2nd week of syawal, Michael fasted 3 months in a row without leaving a day without fasting. He fasted in Rajb, Syaaban and Ramadhan. But alhamdulillah he broke the fast everyday as usual.

The point that I want to bring to you guys is not the argument whether Michael is correct or not, but that was one of the example that could happen when we are trying to be close to Allah, to plead for his mercy and helps. May Allah accept his deeds and bless him in his life and grant him a big reward because of his effort. I miss Michael so much. We have not meet each other for 5 years but anyway, summer break is coming.

Therefore brothers and sisters,

In order to please Allah with our good deeds please do not be excessive. Be fair to your own self. Do not harm you body. If you cannot fast everyday like micheal did, try it once a week, make it as a routine. Then you increase it to twice a week as it is recommended by the sunnah. If you cannot do it, do not push yourselves. Do not harm yourself since to look over the compulsory things has a greater importance over the additional stuffs. However, please bear in mind that I am not discouraging you to fast, but do it according to your capability with the correct intention and a strong determination to steadfast, be istiqamah with it. May Allah rewards us by our effort.

I hope our interest in ibadah will not interfere our daily living. Because I have witnessed people who worship Allah excessively until they neglect their health, they neglect their study time, they do not have enough sleep, they do not take proper food, and if they are married, they often neglect their wives and children. Islam is moderate and easy, do not make it difficult and complicated.

Other than fasting, may be some us will do qiamullail, waking up at the middle of the night and plead to Allah for help and hidayah. This is excellence. Allah loves it. Allah said, he will fulfil any doa supplicated by his humble servant. But, again, please ensure that your health is not affected. Have enough sleep, and the most important is, do not disturb your friend who are sleeping in the same room or the same house. Or, you can invite them to do the qiamullail together and have sahur together. At the same time, you have strengthen the ties of faith between you and your housemates.

And people also like to do sadaqa. This is also a noble deed that is promoted in islam. But, again, do not do sadaqa until there’s no money left to sustain your life till the end of the months. May be you are thinking of being Abu Bakr during the Battle of Tabuk where he donated all of his wealth fi sabilillah. Here the deal is. Most of the time, prophet said to his companions to do sadaqa but leave a little bit for the family. But why Rasulullah accept the infaq from Abu Bakr? The scholars have agreed that the Prophet were very confident with Abu Bakr, will be able to regenerate his wealth and he will neither reclaim nor regret of donating all of his wealth.

Brothers and sister,

Just to make it simple and sweet, please do not forget that syaitan will never stop disturbing us. He either makes us not a practicing muslim or make us excessive. He is a clever, enthusiastic and non-lethargic creation that we should declared as our enemy. They are our strongest enemy as they are invisible to our naked eyes. Lets pray to Allah to guide us in every single action we take and may he accept our ibadah. May allah rewards us and bless us dunia wal akhirah. Lets pray to Allah to help us every single second in our life and also muslim around the world especially to those who are being continuously oppressed, in Palestine, Afghanistan, Kashmir, Thailand and many more.

Jazakumullahu khairan katheera

Tuesday, April 20, 2010

DAN RAJAWALI, TERBANG TINGGI


assalamulaikum semua.

sekali lagi maaf kerana jarang update blog. terpanggil untuk menulis sesuatu selepas tersedar akan arus perubahan yang berlaku kini. terima kasih kepada classmate, wong wei li, yang sudi berkongsi idea.

jika dahulu, masa bilalsubuh kecik-kecik, bilalsubuh tengok video (VCR), siap boleh record lagi. kiranya banyak la bilalsubuh record cerita sesame's street, flashman, maskman, doraemon, sailormoon dan jugak dragon ball. kiranya sapa yang ada player VCR zaman dulu ni kira maju la (ni apply untuk kawasan luar bandar di perlis sahaja tau). time tu tahun awal 1990an.

lalu, ada cd. tup-tup, keluar pulak dvd, sekarang blue ray la pulak. dulu time form 1, kalau sapa yang ada walkman tu, kira hebat la. tambah2 pulak jenama sony or panasonic. lepas tu, time form 4, tsunami discman la pulak. time tu, bilalasubuh selalu pinjam discman roomate bilalsubuh untuk dengar lagu2 rock kapak dan tak lupa, lagu2 omputih seperti the scorpions and the white lions.

these weere things which eveolved within 10 years ('94-'04)

tapi kesian discman, dia tak kekal lama. sebab time form 4 jugak sudah keluar mp3 player. time tu, bilalsubuh memang tak amik tahu pun nate gapo mp3 tu sebab bilalsubuh ada walkman, ok la tu. jibeng adalah antara pioneer mp3 batch kami la. 126Mb pon dah kira hebat. skrin tak kaler pon tak per. sekarang? i-pod!

that was 6 years ago, dude!

dulu time bilalsubuh form 1, ada sorang cikgu tu, nama apa ntah, bilalsubuh tak ingat tapi kitorang panggil dia 'waha' sebab katanya dulu cara dia gelak bunyinya 'wahawahawaha'. dia ni kiranya cikgu IT la kat skolah tu. waha ajar kitorang macam mana nak save-kan data dalam disket yang berkapasiti 1.4Mb kot.

time tu bilal subuh beli 10 disket, mahal pulak tu. tapi disket survive agak lama berbanding discman. dah lama sikit, keluarlah pendrive. kalau tak silap bilalsubuh, kakak bilalsubuh (dian farhana), menghadiahkan bilalsubuh satu pendrive apacer 126Mb sewaktu bilalsubuh di UTP (2006). time tu harganya kalau tak silap, RM120 kot. so expensive you...! terima kasih along. nanti aku balik malaysia aku beli baju kat hang!

that was 4 years ago my beloved frens.

tapi kini, 1G nyer thumbdrive orang boleh bagi free jer macam kat hospital bumon ni. lepas tu keluar la pulak external hard disc. external hard disc pertama bilalsubuh adalah berjenis IDD (bukan SATA yang murah tu tau). bilalsubuh beli time kat intec (2007). terima kasih kepada moh faiz asri kerana tolong pergi beli. 160G = RM 300. sekarang dengan harga rm300, dah boleh dapat 1Tb.

That was 3 years ago.

biar apapun kemajuan yang kita kecapi,
kalau pemikiran kita masih dijajah,
pemikiran masih jumud,
pemikiran kita masih sempit,
lidah kita sering bertikam,
selagi mana kita masih gagal berlapang dada,
selagi mana kita kafir-mengkafir, londeh-melondeh,
membuka keaiban orang lain,
masih kita amalkan rasuah,
selagi kita masih berasa selesa,
selagi kita cintakan dunia,
selagi hidup diulit wanita dan harta,
masih kita asingkan agama dari kehidupan,
selagi masih agama kita hanyalah rituals,
lebih teruk pula agama itu digunakan sebagai alat kepentingan diri sendiri,
selagi itu kita mundur.

benarlah kata-kata dr mahathir apabila ditanya tentang pencapaiannya. dia kata:

"lets the developments over the past 20 years speak on its own. however, not many people realise that i actually failed. i failed to change the paradigm of thinking among malaysians especially the malays. i have tried so hard, yet, i am not embarassed to say that, i failed."

mungkin sebagai penutup, boleh kita hayati bait-bait lagu dari M. Nasir ini.

RAJAWALI TERBANG TINGGI

Dengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh Nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua

Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan
Aku rindu oh! kampungku

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu

Dan Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi... terbang